Jumaat, 8 April 2016

Hidayah Milik Allah

Hidayah Itu Milik Allaw S.W.T




Dalam Islam, hidayah (Bahasa Arab: هداية‎) dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.
Firma Allah:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)

Jenis-Jenis Hidayah
1. Hidayah Wijdan
2. Hidayah Hawas wal Masya'ir
3. Hidayah 'Aqli
4. Hidayah Ad-Din (terbahagi kepada Hidayah Dilalah dan Hidayah Taufiq)

Al-Quran telah menekankan tentang hidayah sebagai jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah orang Islam. Ia boleh dirujuk kepada tiga perkara utama iaitu individu, sumber dan langkah-langkah untuk mendapatkan hidayah daripada Allah s.w.t.
Hidayah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai muhtadin, yahtadan, huda atau hadi menunjukkan 309 tempat di dalam al-Quran. Terminologi lain mengenai hidayah atau disebut dalam bahasa Arab iaitu rashadan, rashidun, rashid, rushdan, yarshadun atau murshid disebut dalam 17 tempat di dalam al-Quran. 
Secara keseluruhannya, sebanyak 326 tempat di dalam al-Quran Allah s.w.t.

Untuk memperoleh hidayah, individu yang terlibat mempunyai peranan yang cukup besar kerana hidayah Allah akan turun kepadanya. Allah s.w.t. memberikan ujian agar umatnya kembali kepada-Nya.

Bagaimana untuk mendapatkan hidayah? Sebenarnya, hidayah adalah muktasabat iaitu sesuatu yang boleh diusahakan. Ini dijelaskan dalam surah al-Jinn, ayat 1-3.
"Surah di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah sumber utama untuk mendapatkan hidayah. Oleh itu, kita perlu membaca dan memahami maksudnya. 
Untuk mengekalkan hidayah, kita perlu amalkan bacaan al-Quran supaya ia menjadi sebahagian daripada rutin seharian," katanya. Ini merujuk kepada hadis sahih riwayat al-Hakim yang menyatakan bahawa, 10 ayat dalam sehari, maka dia akan terpelihara daripada menjadi golongan yang lalai.

sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Hidayah