Jumaat, 8 April 2016

Hidayah Milik Allah

Hidayah Itu Milik Allaw S.W.T




Dalam Islam, hidayah (Bahasa Arab: هداية‎) dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.
Firma Allah:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)

Jenis-Jenis Hidayah
1. Hidayah Wijdan
2. Hidayah Hawas wal Masya'ir
3. Hidayah 'Aqli
4. Hidayah Ad-Din (terbahagi kepada Hidayah Dilalah dan Hidayah Taufiq)

Al-Quran telah menekankan tentang hidayah sebagai jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah orang Islam. Ia boleh dirujuk kepada tiga perkara utama iaitu individu, sumber dan langkah-langkah untuk mendapatkan hidayah daripada Allah s.w.t.
Hidayah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai muhtadin, yahtadan, huda atau hadi menunjukkan 309 tempat di dalam al-Quran. Terminologi lain mengenai hidayah atau disebut dalam bahasa Arab iaitu rashadan, rashidun, rashid, rushdan, yarshadun atau murshid disebut dalam 17 tempat di dalam al-Quran. 
Secara keseluruhannya, sebanyak 326 tempat di dalam al-Quran Allah s.w.t.

Untuk memperoleh hidayah, individu yang terlibat mempunyai peranan yang cukup besar kerana hidayah Allah akan turun kepadanya. Allah s.w.t. memberikan ujian agar umatnya kembali kepada-Nya.

Bagaimana untuk mendapatkan hidayah? Sebenarnya, hidayah adalah muktasabat iaitu sesuatu yang boleh diusahakan. Ini dijelaskan dalam surah al-Jinn, ayat 1-3.
"Surah di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah sumber utama untuk mendapatkan hidayah. Oleh itu, kita perlu membaca dan memahami maksudnya. 
Untuk mengekalkan hidayah, kita perlu amalkan bacaan al-Quran supaya ia menjadi sebahagian daripada rutin seharian," katanya. Ini merujuk kepada hadis sahih riwayat al-Hakim yang menyatakan bahawa, 10 ayat dalam sehari, maka dia akan terpelihara daripada menjadi golongan yang lalai.

sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Hidayah

Jumaat, 25 Mac 2016

Maksud-Maksud Bacaan Di Dalam Solat Kita.


Matrik.No : 237037


ALHAMDULILLAH .. Sama2 kita cuba fahami dan kenali maksud setiap bacaan di dalam solat kita seharian. Semoga kita akan terus melakukan amalan yang di kehendaki oleh NYA.



Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Sekian Terima Kasih ... Assalamualaikum !

Rabu, 23 Mac 2016

APA HUKUM TIDAK PANDAI BACA AL-QURAN ???




( Gambar Sekadar Hiasan)

Assalamualaikum ...
APA HUKUM TIDAK PANDAI BACA AL-QURAN ???

Ustaz Azhar Idrus, "Baca Al-Quran  ni, dalam 114 Surah, 1 Surah Wajib pandai baca. Tak Pandai berdosa iaitu Al-Fatihah. Yang lain Fardu Kifayah. Sunat bagi kita pandai baca Surah2 lain. Kerana, Hina sangat orang yang tidak pandai baca membaca Al-Quran.
Walaupun tidak berdosa tapi makhluk yang Hina.

- Ustaz Azhar Idrus (UAI) -

AL-FATIHAH 
Terjemahan rumi
Arab
Sebutan
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
























Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan Surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.






sumber : https://www.youtube.com/watch?v=JJlUp_tzbQk














Isnin, 21 Mac 2016


Kurniaan YANG MAHA ESA 

       Anak adalah satu anugerah dan kurniaan Yang Maha Esa untuk hambaNYA . Anak...adalah harta yang paling berharga  buat yang bergelar ibubapa. anak juga merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan didunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik baik ataupun kita mengkhianatinya Harta tidak dapat tukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas. Anak itu merupakan cermin pada kedua ibubapanya...sebenarnya apa yang ibubpa berikan itulah yang akan di terimanya...kalau baik cara didikkannya maka baiklah yang akan ibubapa terima ...Hargailah setiap masa dan detik ketika bersama anak anak,...kerana masa tidak bisa berundur lagi..Panggil anak anak dengan gelaran yang elok elok..


Nabi SAW turut menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.

(إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ)

“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”.

(HSR Muslim No. Hadis 4310).

Turut diceritakan dalam hadis, bahawa Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim, sambil bersabda:

(إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ)

“Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih”

(HSR Bukhari No. Hadis 1220).

Ahad, 13 Mac 2016

Nama : Mazlie Bin Musa
Matrik.No : 237037

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Salam perkenalan dari kopiah lusuh untuk kalian semua, semoga di dalam kesihatan dan lindungan olehNYA. InshaAllah, kopiah lusuh akan berkongsi maklumat-maklumat ilmu yang bermanfaat kepada semua dan serba sedikit mohon tunjuk ajar dari kalian semua yang lebih bijak.
Semoga segala perkongsian Ilmu mendapat barakah dari Yang Maha Esa.

Aamiin ya rabbal ‘alamin:
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن