Isnin, 21 Mac 2016


Kurniaan YANG MAHA ESA 

       Anak adalah satu anugerah dan kurniaan Yang Maha Esa untuk hambaNYA . Anak...adalah harta yang paling berharga  buat yang bergelar ibubapa. anak juga merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan didunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik baik ataupun kita mengkhianatinya Harta tidak dapat tukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas. Anak itu merupakan cermin pada kedua ibubapanya...sebenarnya apa yang ibubpa berikan itulah yang akan di terimanya...kalau baik cara didikkannya maka baiklah yang akan ibubapa terima ...Hargailah setiap masa dan detik ketika bersama anak anak,...kerana masa tidak bisa berundur lagi..Panggil anak anak dengan gelaran yang elok elok..


Nabi SAW turut menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.

(إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ)

“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”.

(HSR Muslim No. Hadis 4310).

Turut diceritakan dalam hadis, bahawa Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim, sambil bersabda:

(إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ)

“Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih”

(HSR Bukhari No. Hadis 1220).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan