( Gambar Sekadar Hiasan)
Assalamualaikum ...
APA HUKUM TIDAK PANDAI BACA AL-QURAN ???
Ustaz Azhar Idrus, "Baca Al-Quran ni, dalam 114 Surah, 1 Surah Wajib pandai baca. Tak Pandai berdosa iaitu Al-Fatihah. Yang lain Fardu Kifayah. Sunat bagi kita pandai baca Surah2 lain. Kerana, Hina sangat orang yang tidak pandai baca membaca Al-Quran.
Walaupun tidak berdosa tapi makhluk yang Hina.
- Ustaz Azhar Idrus (UAI) -
AL-FATIHAH
Terjemahan rumi
|
Arab
|
Sebutan
|
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
|
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
|
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
|
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
|
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
|
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
|
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani"
|
ٱلرَّحْمَـٰنِ
ٱلرَّحِيم
|
Ar-rahmâni r-rahîm
|
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat)"
|
مَـٰلِكِ يَوْمِ
ٱلدِّين
|
Mâliki yawmi d-dîn
|
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
|
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
|
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
|
6. "Tunjukilah kami jalan yang
lurus"
|
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط
ٱلْمُسْتَقِيمَ
|
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
|
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai
ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
|
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ
أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
|
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri
l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
|
Surah Al-Fatihah (سورة
الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang
diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam
golongan Surah Makkiyyah. Surah
ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai
pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran)
atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu
atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran
itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul
Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini
diulang-ulang bagi setiap solat.
sumber : https://www.youtube.com/watch?v=JJlUp_tzbQk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan